Biro Pengurusan Risiko
Objektif
Menyemak, menganalisa, mengenalpasti, menilai dan mencadang penambahbaikan kertas cadangan aktiviti-aktiviti Koperasi seperti pelaburan, jualan, pemasaran, likuiditi, operasi, dan lain-lain. Sebarang punca-punca risiko, masalah dan cabaran yang akan dihadapi oleh Koperasi diberi skala tahap risiko untuk dinilai dan diambil tindakan oleh pencadang aktiviti dalam memastikan keberhasilan aktiviti ditahap optimum demi memastikan kesejahteraan kewangan Koperasi.
Fungsi
Jawatankuasa Pengurusan Risiko adalah bertanggungjawab terhadap perkara-perkara berikut:-
- Menyediakan dokumen analisa risiko dan garis panduan/ polisi Koperasi.
- Menyemak kertas cadangan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan oleh pihak Koperasi dari syarikat-syarikat luar, biro-biro dalaman dan ahli-ahli lembaga.
- Mengkaji dan menyarankan strategi pengurusan risiko, dasar dan toleransi risiko untuk kelulusan Lembaga
- Mengkaji dan menyarankan kecukupan dasar pengurusan risiko dan rangka kerja dalam mengenalpasti, mengukur, memantau dan mengawal risiko dan sejauh mana keberkesanan dasar dan rangka kerja tersebut beroperasi
- Memastikan insfrastruktur, sumber dan sistem diwujudkan untuk pengurusan risiko. Contohnya memastikan kakitangan yang bertanggungjawab mengendalikan sistem pengurusan risiko melaksanakan kewajipan berdasarkan mekanisme yang ditetapkan
- Mengkaji laporan pengurusan berkala ke atas pendedahan risiko, komposisi portfolio risiko dan aktiviti pengurusan risiko serta mengemukakan cadangan balas kepada Anggota Lembaga untuk tindakan susulan
- Mengkaji dan menyarankan strategi peningkatan reputasi dan imej Koperasi
