POLISI PRIVASI
Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan memperbaharui takaful kenderaan bersama Koperasi Kakitangan UiTM Berhad (KKUiTMB). Pihak KKUiTMB adalah agensi korporat takaful yang berdaftar secara rasmi dan hanya menguruskan bagi urusan memperbaharui takaful kenderaan peserta sahaja. Bagi urusan tambahan untuk memperbaharui cukai jalan hanya atas permintaan peserta sahaja. Permohonan untuk memperbaharui takaful kenderaan dan cukai jalan melalui potongan gaji hanya terbuka kepada peserta yang berdaftar sebagai anggota KKUiTMB sahaja.
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN SEBUT HARGA
1) Peserta-peserta perlu masuk ke portal KKUiTMB www.uitmkoop.com.my untuk mendapatkan sebut harga takaful kenderaan.
2) Peserta-peserta perlu memasukkan nombor kad pengenalan, nombor pendaftaran kenderaan dan poskod dalam sijil terdahulu.
3) Sebut harga akan dikeluarkan kepada peserta-peserta setelah maklumat tersebut dimasukkan.
PROSES PENGELUARAN NOTA PERLINDUNGAN DAN SIJIL POLISI TAKAFUL
1) Peserta-peserta perlu mengemaskini maklumat seperti nama penuh, kad pengenalan, alamat terkini dan nombor telefon.
2) Peserta-peserta perlu melampirkan dokumen sokongan seperti salinan geran kenderaan dan salinan sijil polisi takaful tahun sebelumnya sekiranya tiada rekod bersama koperasi.
3) Pihak KKUiTMB akan memproses permohonan pembaharuan takaful secara serta merta dan salinan e – nota perlindungan takaful akan diberikan secara email.
4) Sijil polisi takaful akan dihantar kepada peserta-peserta melalui pos atau secara email oleh pihak Syarikat Takaful Malaysia Am Berhad.
POLISI PEMBATALAN DAN PEMULANGAN
Peserta-peserta yang menggunakan perkhidmatan ini tertakluk kepada terma dan syarat serta polisi Syarikat Takaful Malaysia Am Berhad (STMAB). Sila baca dengan teliti berkenaan perkara berikut:
SYARAT-SYARAT PEMBATALAN POLISI DAN PEMBAYARAN BALIK SUMBANGAN TAKAFUL KENDERAAN
1) Peserta-peserta perlu memaklumkan melalui surat rasmi atau email kepada Koperasi Kakitangan UiTM Berhad (KKUiTMB) tujuan bersebab berkenaan pembatalan polisi.
2) Peserta-peserta perlu melampirkan nama dan nombor mengikut kad pengenalan, nombor pendaftaran kenderaan yang berdaftar, nombor sijil kenderaan dan tarikh pembatalan.
3) Peserta-peserta perlu menyerahkan bukti salinan slip pembatalan cukai jalan dan tukar hak milik daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
4) Peserta-peserta perlu melampirkan nombor akaun bank bagi tujuan pemulangan baki sumbangan daripada STMAB.
PROSES PEMBATALAN
1) Pihak KKUiTMB akan memaklumkan kepada pihak STMAB melalui email dalam masa (3) tiga hari waktu bekerja.
2) Pihak STMAB akan memproses pembatalan tersebut termasuk pemulangan bayaran sumbangan ke dalam akaun perserta dalam masa (14) empat belas hari waktu bekerja.
KIRAAN PEMULANGAN SUMBANGAN
1) Baki hari yang tidak digunakan x sumbangan tahunan termasuk cukai servis (kecuali setem duti) 365 hari
2) Makluman kiraan
a) Jumlah baki hari yang tidakdigunakan = 120 hari
b) Jumlah sumbangan tahunan takaful kenderaan (tidak termasuk setem duti) = Rm1,020.00
3) Contoh pengiraan
120 hari x Rm1,020.00 = Rm336.60 (Jumlah anggaran pemulangan adalah Rm336.60)
NOTA
KKUiTMB hanya akan menguruskan pembatalan-pembatalan polisi asal peserta-peserta yang melanggan melalui portal www.uitmkoop.com.my sahaja.
